cit cat

Thursday, April 8, 2010

BAHAYA AIR KICKAPOO DAN COLA


Jangan Minum AIR KICKAPOO

Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:

Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..

http://www.kickapoojoy..com/history.html
http://www.monarch-beverage.com/home.htm Â
Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan!!

PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing

KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.
Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.
Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .
PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya. Â
PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.
Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.
Sokonglah produk keluaran Islam.
AYAM TESCO Tak Halal
PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008

Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL
1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3.Lychee NARCISSUS
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

6 comments:

  1. You talk like a moron...

    ReplyDelete
  2. http://www.jurnalhalal.com/2010/03/adakah-kickapoo-joy-juice-halal.html

    ReplyDelete
  3. Blog bodoh . Entri cerita psal kickapoo tak halal tu paling aku bengang . Kau kaji habis habisan ke kickapoo tu tak halal ? Entri kau ni buat aku nak kluar bahasa kesat je la -_-

    ReplyDelete
  4. Blog bodoh . Entri cerita psal kickapoo tak halal tu paling aku bengang . Kau kaji habis habisan ke kickapoo tu tak halal ? Entri kau ni buat aku nak kluar bahasa kesat je la -_-

    ReplyDelete
  5. Klu x halal knp ada tanda logo halal pada minuman tersebut?mohon buat report kpd yg berkenaan.jgn kita terlalu taksub utk bmf... Tetapi mmbuat fitnah kpd perniagaan lain.Sama je kita ni..ibarat nak untung dgn mnjatuhkan org lain.Islam pon x ajar mcm tu.

    ReplyDelete
  6. Mohon buat report kalau xhalal sbb di botol ada status halal

    ReplyDelete